Saturday 7 June 2014

WANITA DAN FIBROID

WANITA berdepan pelbagai jenis penyakit antara ancamannya ialah ketumbuhan fibroid. 

Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim bagaimanapun ia tidak berbahaya dan bukan sejenis kanser. Hampir 20-40% wanita dalam lingkungan usia 20-45 tahun berisiko berdepan masalah fibroid. Fibroid tumbuh sama ada satu biji besar atau beberapa biji kecil tetapi dalam bilangan yang banyak. Bagaimanapun ia boleh membesar sehingga sebesar biji tembikai. Namun, belum dapat dipastikan sebab dan punca fibroid tumbuh.



Punca FIBROID
~Wanita yang tidak mempunyai anak atau lambat mendapat anak.
~Wanita berkulit gelap juga lebih terdedah kepada risiko fibroid
~Wanita yang didatangi haid di peringkat awal umur dan yang gemar memakan daging merah, kurang makan sayur serta buah-buahan.
~Wanita yang merokok dan mengambil minuman keras.
~Keturunan 
~Obesiti


Hormon tidak seimbang

Ketidakseimbangan hormon mempengaruhi pertumbuhan fibroid, berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan fibroid itu membesar. Hormon estrogen dan progesteron ialah dua hormon wanita yang menguasai kitaran haid.

Gejala fibroid antaranya ialah gangguan haid iaitu mengalami darah haid yang banyak dengan ketul darah, senggugut yang teruk, menekan pundi kencing sehingga menyebabkan kekerapan kencing bertambah.

Fibroid blh mengakibatkan kemandulan, sakit pinggang, kadang kala sembelit. Sekiranya terlalu besar ia boleh menekan ureter iaitu saluran kencing dari buah pinggang ke pundi kencing yang akan menyebabkan buah pinggang bengkak. Lebih bahaya lagi ia boleh mengakibatkan rahim terjatuh atau turun ke bawah.

Kaedah paling efektif utk mengesan ketumbuhan fibroid ialah melalui ultrasoundOleh itu, elok untuk wanita membuat pemeriksaan papsmear dan ultrasound setiap tahun atau sekurang-kurangnya dua tahun sekali supaya fibroid dan juga cyts ovary boleh dikesan.


Tetapi lawatan regular kena diteruskan.

Kebanyakan masa fibroid tak menyebabkan masalah yg bahaya tetapi boleh menyebabkan pendarahan yang banyak di mana pesakit bolah dapat anemia.Selain itu, satu lagi komplikasi yang bahaya adalah bila buah pinggang membengkak.

Sekiranya wanita itu berusia lebih daripada 45tahun atau kurang tetapi telah menamatkan keluarga, dinasihatkan untuk membuat ‘hysterectomy’ (buang rahim). Bagaimanapun sekiranya wanita yang lebih muda dan masih aktif untuk mengandung, kita akan menasihatkan untuk‘ myomectomy’ (membuang fibroid sahaja).


TAHUKAH ANDA??

SHAKLEE boleh membantu masalah anda!!

Antara produk Shaklee ialah GLA COMPLEX (klik sini)VItamin C (klik sini) dan VIVIX (klik sini).


No comments:

Post a Comment