Friday 23 May 2014

INFO : B COMPLEX

Di dalam kehidupan seharian, Vitamin amat penting kepada setiap individu. Selain Vitamin C dan Vitamin E, Vitamin B juga penting kepada tubuh badan kita. Antara kepentingan Vitamin B ialah :

  • Mencegah anemia dan penting utk proses membaiki sel darah merah
  • Mencegah stress dan kelesuan
  • Menguatkan antibodi
  • Penting utk kesihatan mata, kuku, kulit & rambut
  • Merangsang pertumbuhan kanak-kanak
  • Menghasilkan tenaga dan membantu meningkatkan kemampuan berfikir
  • Menggalakkan sistem kardiovaskular

B Complex Shaklee mengandungi Asid Folic.


Apa Kepentingan Asid Folic??
Wanita yang merancang untuk hamil akan mula mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil.Tetapi tahukah anda akan kepentingan asid folic ini? Jom lihat info tentang kepentingan asid folic ini


Apa itu ASID FOLIK?
Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan asid folic, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.

Mengapa ia PENTING?
~Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
~Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah(anemia)
~Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah
~Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
  • Sumbing lelangit (cleft palate)
  • Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
  • Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
  • Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)


Pentingkah Asid folik untuk KESUBURAN LELAKI & WANITA?
~~Asid Folic dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

~~Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim. 


Dos Asid Folik yang diperlukan?
  • Wanita biasa - 400 microgram (0.4 mg) sehari
  • Wanita hamil - 600–800 micrograms sehari

Makanan yg mengandungi ASID FOLIC?
  • Hati ayam
  • Daging, ayam, telur
  • Kekacang
  • Beras perang, barli, oat
  • Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain


TAHUKAH ANDA???

Urin anda akan berwarna kekuningan bila makan B.CO
Kenapa?? Sebabnya Vitamin B.Co termasuk dalam kumpulan Vitamin Larut Air. Vtamin B.Co terdapat unsur Riboflavin. Toksin yang tak diperlukan dan mineral yang xdapat diserap akan disingkirkan melalui air kencing. Maka,sbb itulah urin kita bewarna kekuningan. 
Oleh itu, bagi sesiapa yang mengambil Vitamin B.Complex digalakkan meminum air masak/mineral 2-3 liter sehari.So urin kita akan bersih.

Vitamin B.Complex Shaklee berbeza berbanding yang terdapat dipasaran

 kerana...selain lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , vitamin B Complex Shaklee dilengkapi dengan Sistem Penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi asid Folic!! 


Kesimpulannya..

Kepada sesiapa seperti yg berikut :

  • sedang hamil @ merancang utk hamil
  • sedang menyusukan bayi
  • bekerja dibawah tekanan
  • mengidap kencing manis, darah tinggi  @ migrain 
anda SANGAT2 DISARANKAN untuk mengambil VITAMIN B.COMPLEX utk kesihatan anda!! 

Ingat!!!!
Pilihan yang bijak harini membentuk keluarga yg sihat pada hari esok!!



No comments:

Post a Comment